Peringatan Hari Ini

Sabda Rasulullah SAW "Di antara baiknya Islam seseorang, ialah MENINGGALKAN apa yang TIDAK BERMANFAAT baginya"

[12 November 2011]

Isnin, 11 Julai 2022

Bukan dosa jika belum bertemu jodoh

Hari ni Hari Raya Aidiladha 1443H. Aku dan keluarga berpeluang untuk pulang ke kampung. Sedang aku menikmati keenakkan kambing bakar, datang seorang saudara lelaki, dia berborak dengan ummi, kemudian entah macam mana terpacul soalan dari mulut dia pada ummi, "kau tak doakan anak kau (akulah tu maksud dia) untuk dapat jodoh ke?" Aku diam. "Mana pula tak doakan, doa. Tapi dah belum sampai jodohnya.." Tiba-tiba aku jadi sedih dengan pertanyaan itu. Aku jadi teringat kepada salah seorang makcik saudaraku yang anak gadisnya juga kahwin lewat dan dia pernah diajukan soalan yang sama yang ummi aku dapat, "You tak doakan anak you untuk dapat jodoh ke?" Menangis makcik aku tu bercerita pada aku dan sedara-mara yang lain ketika di hari perkahwinan anaknya yang kahwin lambat tu (actually, anak dia cuma tua setahun aku saja). Dia kata soalan itu sangat meluluhkan hati dia sebagai seorang ibu yang berharap agar anak dia akan berkahwin tapi itulah.. jodoh, pertemuan rencananya DIA, bukan kita yang cuma hamba ni. Jadi bila ummi dapat soalan tu tadi aku rasa mungkin hati ummi luluh seperti makcikku itu juga. ALLAH... Kalau ikut aku, aku tak pernah kisah pun aku akan berkahwin atau tidak, semua aku serahkan pada ALLAH sebab DIA Maha Mengetahui sesuatu yang tidak kita ketahui. Tapi bila aku cakap aku tak kisah sedara aku tu balas tak elok ada rasa macam tu. Dah pulakk.. lepas tu aku malas nak layan lagi. Aku cuma rasa bersalah pada ummi sebab ada anak macam aku yang buatkan masyarakat tak rileks *sigh*

Sabtu, 5 Mei 2018

\(;´□`)/


Petang tadi Solah kena sembur air dengan Uwais sampai basah lencun.


Aku kat dalam bilik air. Ya, lama aku kat dalam tu. Masuk sebelum pukul 3 & keluar dalam 4:10 minit petang camtu.
Selalu aku lama² dalam bilik air sebab 'membuang' airmata.
Terkenang pasal ni 👇😢


Kadang kita tak perlukan sebarang penghargaan pun tapi janganlah bercakap seolah² hidup kita ni hanya sia², useless, tak perlu juga membanding²kan cara hidup aku dengan kalian.. Kan.. Hmm.. Keluar bilik air tengok keadaan satu²nya makhluk Allah yang paling aku sayang dibuli begitu lagilah bertambah sedih tapi ku tahan² saja rasa tu.. Nak react lebih² pun nanti kena cop poyo & tak munasabah perangai. Hmm yelah.

K nak sambung 😭😭😭 balik



Ikut via FB